Sunday, 29 November 2015

Dah Lama Tak Repot

Lama sangat dah tak repot pokok2 ni... sibuk sangat tahun ni.. Ingatkan bila dah habis study ni, bleh la rehat2... hmmm... takde maknanyaaaa... selagi tak tutup mata..Kheja..Kheja..khejaaaaaa....

Dalam post sebelum ni ada sy ceritakan tentang pokok ni... dah 2 tahun berlalu.. Alhamdulillah semua pokok2 ni hidup dan sihat..


Seperti mana kita lihat didalam post yg lalu tu.. teknik penanaman pokok ni ialah dgn cara memasukan keratan batang kedalam batu berlubang... Tapi bila dah masuk 2 tahun ni, ada masalah yg timbul...



 Batang pokok semakin membesar, dan ini menyebabkan batu bukit ini pecah...




 Ini berbeza dengan teknik yang kedua, dimana sy menanam pokok ini dengan cara memasukan cuma akarnya sahaja kedalam lubang batu... dengan ini apabila batang pokok itu membesar, batu itu tidak akan pecah dan akarnya akan turun kebawah... 



 walaupun batang nya dah besar, tetapi batunya xpecah....



 Dah xingat berapa lama dah pokok ni sy tanam... bleh tengok pada post lama ni...

http://naswadi.blogspot.my/search?q=cascade+on+the+rock

ini la pokoknya.... 





Preview untuk my next projec... Mulberry Bonsai... 

Tuesday, 10 March 2015

My New Project (BEBARU)

Dah hampir setahun berehat... Baru boleh start my new project... stok batu masih byk, cuma pasu shj yg tak ada.. Macam biasa la, sy lebih selesa utk berkarya dengan spesis Bebaru... pokok lain dah jemu.

 Untuk batu ini, saya letakkan 3 keratan batang pokok Bebaru di celah2 lubang batu bukit ni...anggaran masa utk siap pokok ni ialah 5 tahun... kita tunggu dan lihat nanti... Masih belum ada idea.. kena tunggu 5-6bln baru bleh ikat dawai...

 Yang ni pula utk small size... batu ni cuma ada 1 shj lubang. So, sy cuma letak 1 shj pokoknya.. don't worry.. % utk pokok ni hidup, InsyaAllah 100%... asalkan guna tanah merah bakar & air yg cukup..