Tuesday 10 January 2012

Bebaru in the rock

3 tahun lepas saya telah membeli keratan batang pokok bebaru dari sebuah nursery bonsai di pinggir ibu negara (punya la kedekut tokeynya tu, keratan batang pun dia nak jual) keratan batang nya tu cuma sepanjang 2 inci saja.. setahun selepas itu saya telah membuat keputusan utk menghasilkan Penjing (kononnya la) dengan memasukan dahan & batang pokok tersebut ke celah2 lubang dan rekahan batu bukit.. Pokok tersebut saya tinggalkan selama setahun tanpa jagaan di kampung dan sekarang, ini lah hasilnya...  








 Pokok Bebaru ni sangat senang ditanam kerana keratan batangnya amat mudah utk hidup walaupun hanya dicucuk ke tanah.. Apa bila berjaya dalam percubaan yg pertama yang lalu, saya mencubanya untuk kali kedua ( dgn menggunakan teknik cucuk dan tinggal tanpa jagaan) hahahaha.. malas nak jaga sebab pokok yg sedia ada ni pun dah tak terjaga.. pokok ini saya tinggalkan dibelakang rumah saya dikampung (perlis) tanpa jagaan kerana rumah tak ada orang. 








Monday 9 January 2012

Teknik Menghasilkan Mini Cascade Bonsai

Cascade Bonsai adalah teknik bonsai yg paling saya gemari. 4 tahun lalu saya ada berjumpa dengan seorg hamba Allah (dah xingat nama pakcik ni) di sebuah nursery bonsai yg terletak di pinggir bandar Alor Star.. Dia mengajar saya teknik menghasilkan mini cascade bonsai sama ada ditanam dari biji benih atau keratan batang. kepada yang taktahu apa itu cascade bonsai ( pokok yg senget ketepi pasu) ada saya post beberapa gambar dari internet sebagai tatapan dan inspirasi. 








Pokok yang dibawah ni saya tanam sendiri 4 tahun yg lalu menggunakan biji benih. Setelah 2 tahun saya keluarkan dari pasu dan masukkan ke dalam botol air plastik yg dipotong dan akan dibiarkan dalam keadaan begini buat sementara waktu sehingga selesai dibentuk.







 Dengan menggunakan teknik ini, penggunaan dawai boleh diminamakan kerana pokok lebih cenderung utk tumbuh keatas utk mendapatkan cahaya matahari dengan keadaan semula jadi.


 Pokok ini pula saya tanam menggunakan keratan batang, begitu juga dengan yg bawah ni.







gambar cascade bonsai dari internet... (bila la pokok aku nak jadi cun camni ni hemmmm... :)


Wednesday 4 January 2012

Nak cari batu.... Nak cari batu.....

Aktiviti cari penyakit (sakit pinggang). Mendaki Bukit Chuping dengan adik utk mencari batu bukit utk dibuat hiasan air terjun buatan... nasib baik la jalan utk ke bukit ini dah diperbesarkan, dah boleh bawa kereta sampai ke kaki bukit.. namun hasilnya tak seberapa kerana orang lain dah kebas dulu..huhuhu.. 


 Di bukit ni masih byk lagi pokok Bogok (paku aji) tapi susah nak ambil sebab habitat asalnya tumbuh di dinding-dinding bukit yang susah nak di panjat.. 


 Tukul Triple H yang di gunakan utk memecahkan batu..







 kalau tak silap saya, ini di panggil pokok sintok.. selalu digunakan dalam perubatan tradisional..


 Tangga yang digunakan oleh local people untuk mengambil baja kelawar. Berani betul diaorang ni panjat... macam tak berbaloi saja kalau jatuh.. Tangga kayu tu...

Tuesday 3 January 2012

My mini Bonsai


Diantara koleksi mini bonsai milik saya. Saya tanam menggunakan biji benih. kalau tak salah saya pokok ni dah berumur 4 tahun.


Cascade in training 


yang ini ditanam dari celah rekahan batu bukit.


 Dah tak ada tempat lain dah.. :)


Semua ruang dah penuh...

Monday 2 January 2012

cascade kemuning

Baru ada sepohon saja pokok ni... masih lagi dalam pembikinan 'Try & error' .. minat sangat dgn teknik cascade. Pohon ni saya dapat dari sebuah Taman Tasek di Pinggir Ibu Negara. Kedudukan pokok didalam pasu ni sama dengan posisi asal sewaktu dijumpai dahulu. 
batangnya cedera kerana di langgar kereta.. (mesti driver perempuan) huhuhu...