Tuesday, 10 January 2012

Bebaru in the rock

3 tahun lepas saya telah membeli keratan batang pokok bebaru dari sebuah nursery bonsai di pinggir ibu negara (punya la kedekut tokeynya tu, keratan batang pun dia nak jual) keratan batang nya tu cuma sepanjang 2 inci saja.. setahun selepas itu saya telah membuat keputusan utk menghasilkan Penjing (kononnya la) dengan memasukan dahan & batang pokok tersebut ke celah2 lubang dan rekahan batu bukit.. Pokok tersebut saya tinggalkan selama setahun tanpa jagaan di kampung dan sekarang, ini lah hasilnya...  








 Pokok Bebaru ni sangat senang ditanam kerana keratan batangnya amat mudah utk hidup walaupun hanya dicucuk ke tanah.. Apa bila berjaya dalam percubaan yg pertama yang lalu, saya mencubanya untuk kali kedua ( dgn menggunakan teknik cucuk dan tinggal tanpa jagaan) hahahaha.. malas nak jaga sebab pokok yg sedia ada ni pun dah tak terjaga.. pokok ini saya tinggalkan dibelakang rumah saya dikampung (perlis) tanpa jagaan kerana rumah tak ada orang. 








No comments:

Post a Comment