Aktiviti cari penyakit (sakit pinggang). Mendaki Bukit Chuping dengan adik utk mencari batu bukit utk dibuat hiasan air terjun buatan... nasib baik la jalan utk ke bukit ini dah diperbesarkan, dah boleh bawa kereta sampai ke kaki bukit.. namun hasilnya tak seberapa kerana orang lain dah kebas dulu..huhuhu..
Di bukit ni masih byk lagi pokok Bogok (paku aji) tapi susah nak ambil sebab habitat asalnya tumbuh di dinding-dinding bukit yang susah nak di panjat..
Tukul Triple H yang di gunakan utk memecahkan batu..
kalau tak silap saya, ini di panggil pokok sintok.. selalu digunakan dalam perubatan tradisional..
Tangga yang digunakan oleh local people untuk mengambil baja kelawar. Berani betul diaorang ni panjat... macam tak berbaloi saja kalau jatuh.. Tangga kayu tu...
No comments:
Post a Comment