Monday, 13 February 2012

Menjengok Pokok yg ditinggalkan di kampung


Stok Simpanan di Kampung ... alhamdulillah, semuanya hidup... tak ada yang "terkorban".. :)


Semua pokok2 nie aku letak dibelakang rumah, bukan apa, takut kena rembat sebab rumah selalu tak ada orang.










Habis kontot-kontot aku punya pokok. Rupanya dah dipotong oleh adik aku. Dia nak tanam keratan batang.
aku balik kg. sekejap saja (3 hari).Tak sempat nak pergi bergambar dgn bonsai2 dirumah dia (adik). Adik aku xbeli pokok, dia cari sendiri di Bukit2 sekitar Perlis.. jelous btul aku... kat KL nie semua kena beli....huhuhuhu


Bebuas in the rock... lambat lagi perjalananya ni... tapi pokok bebuas nie cepat membesar.


Ficus ni 3-4thn dulu aku beli di Sg. Buloh dgn harga RM12 saja.. ada 6 pokok..












Buxus ni dibeli dengan harga RM12 sepokok.. simpan kasi besar dulu....


Ficus on the rock.... rock jangan tak rock...



Berserabut.. tak trim.... biarkan lah dulu... bila balik lagi sekali boleh ambil keratan batang... batu bukit byk lagi, boleh buat bonsai  On The Rock...lagi..

Friday, 3 February 2012

Mitos dan CERITA DONGENG berkenaan pokok bonsai


Mungkin pada pendapat saya ni salah, tp sekadar berkongsi
pengetahuan yang cetek ini. (ikut seru Nabi, utk menyampaikan
walau sepotong ayat)

1. Pokok bonsai hanya spesis pokok tertentu sahaja
2. Pokok bonsai tak perlu ditukar tanah/repot sampai bila-bila
3. Asalkan ade tanah, dah boleh sihat pokok, tanpa mengira
sistem pengairan dan pengudaraan dalam tanah
4. Yang penting ikat/dawai pokok. Pergi pedulik pokok sihat 
atau tidak.
5. Baja paling bagus adalah baja paling mahal. Janji mahal, bagus
6. Pattern/bentuk pokok adalah terhad, dan setiap dahan mesti 
tersusun rapi mcm dalam lukisan.
7. Penjagaan pokok seperti anti fungus, anti insect tak penting. 
asal siram sudah!
8. Pokok yang paling bagus paling lama hidup dalam pasu, walau pun
rupa/tumbesaran sama jek dah 20 taun
9. Amik benih pokok je, nanti tunggu sampai besar. Baru main bonsai
10. Tak yah amik tau pasal perdahanan ke, balancing ke dan lain2 pasal 
pokok, yang penting suka ati aku le apa nak buat. Ade bentuk kuda,
manusia, labi2, unta laut pun lagi bagus. Janji ati senang!
11. 1 sifu jek betul, lain semua tipu. Pokok 1 pattern saja, lain 
tak diterima
12. Kalau pokok menang tanding mesti pokok import
13. Pokok lagi mahal lagi bagus, mesti cempion
14. Tak yah pedulik pandangan orang, pasal aku jek yang betul
15. Pokok sakit memang dah hukum Tuhan, buang beli baru. Tokei nursery
mcm adik beradik
16. Lau pokok sakit lagi, tanya jek sifu. Nanti beli ubat boleh baik
17. Letak jek pokok kat mana2. Janji terang jek cukup la
18. Ade duit, beli pokok sikit2. Janji banyak baru meriah, boleh jadi
sifu bonsai
19. Ikat jek dawai kat dahan pokok ikut suka. nanti jadi le tu pokok
bonsai.

Heheheh.... sorry, pernyataan di atas adalah pendangan individu 
semata2 yang saya sendiri buat dan lalui masa awal dulu (dan mungkin
smpai sekarang). dan cuma bila membuka mata berjumpa pelbagai peringkat
pemain bonsai baru saya sedari akan kesilapan diri ini.
Memang pd hakikatnya apa2 saja pokok yng dok dalam pot/pasu adalah 
pokok yang boleh diberi nama pokok bonsai, tetapi bila mengetahui akan 
SENI BONSAI itu, barulah saya mengerti dan faham apakah hakikat
sebenar dalam seni bonsai ini. 
Dan syukur, saya ditemukan dengan para sifu yang baik hati memberi bimbingan
dalam menghalusi bidang ini. dan hakikatnya byk kesilapan terdahulu
yang perlu saya betulkan, dan saya ingin berkongsi agar tidak terjadi 
pada yang lain. Pandangan saya tentang bonsai itu sendiri

a. Bonsai adalah berkaitan dengan sains pertanian
- core dalam bonsai ini adalah penjagaan pokok dan kesihatannya, bak kata orang mc 
orang main body builder la. Kena tau cara mcm mana nak jaga pokok
dr segi kesihatan, insyaallah pokok akan cantik dan boleh buat
pelbagai "training" pada poko tersebut. hakikatnya, ramai yang tak ambil
peduli langsung tentang kesihatan pokok ni. pasal tu la, pokok 20 taun 
dalam pasu sama jek. takde pembesaran pd dahan, ranting dan sebagainya.
pokok pun asik sakit. Tahukah anda, pokok ni mcm kita juga. kalau badan 
kita tak sihat, bagi makan KFC ke, vitamin ke, tak guna juga. so nak 
dpt sihat kena persekitran yang sihat. Udara, air, tempat tinggal dan sebagainya.
Rmai pun tau kalau semua keperluan asas ni tak bagus, mana nak sihatnya. So,
sama la mcm pokok. Pokok yang sihat ni biasa umor lagi panjang dr kita, manusia ni.
dan juga tumbesaran yang seimbang pada dahan dan sebagainya. Adalah wajib bg orang yng menjaga pokok ni tengok/kaji kalau pokok ni sakit.Sila rujuk Jangan Salahkan Kemuning! yang saya upload yang mana ramai yg ckp kemuning tak leh hidup lama. dah tu pokok kemuning kt alam boleh hidup ratus taun+ besau pokok 2-3 pemeluk tu mcm mana pulak?
jadi, kita bila dah bela pokok dalam pasu ibarat mcm bela burung/ikan dalam sangkar/akaurium. kena lah jaga aspek2 keperluan pokok ni mcm kat alamnya barulah pokok tu sihat.... Kita pun kalau dok dalam bilik yang tak cukup udara pun dah tentu lemas kan?
Ambillah pengetahuan penjagaan kesihata pokok dulu sebelum sibuk nak membentuk/mendawai pokok dr segi medium tanha, pengudaraan, pengairan, pembajaan, bakteria dalam tanah dn pelbagai lagi..jangan pelik sifu2 ni boleh siapkan perdahanan pokok dalam 2-3 tahun, besar2 secekak tangan dewasa dahannya tumbuh sedangkan saya 3 tahun pokok dahan masih sebesar lidi penyapu!!

2. Sebatang pokok bonsai yang baik adalah lebih bermakna dr 1000 batang pokok 

dulu saya gila beli pokok kt nursery. pantang ade duit lebih, g beli pokok. last2, rumah
dah mcm nursery, pokok sakit, bentuk mcm kuda kepang dan mcm2 lagi la. dan yang paling tak best bila kira2 semula. sekali beli habis Rm20, 30, 40, 50. habis beratus RM juga...membazir sungguh kan? 
dan hasilnya? dari tunggul menjadi tiang gol! pokok yang ntah apa2 langsung tak de senidan jugak nilainya. Tegak mcm tiang ampai baju rumah jiran saya.. dan juga ada yang "mcm cantik" tp saya nak kene tunggu mungkin 10-20 taun baru ade nilai.. ntah ade umor ke tak nak tgk pokok dpt flag... hahahaha... 

3. Seni bonsai perlukan guru/sifu
kena rajin bertnaya. dan sebaiknya pergi jumpa!. pasal proses pembuatan pokok ni bukanlah boleh bagi buku manual.. kena tunjuk depan2, cuba buat dan pastikan bila membuat tahu apa yng kta buat.. ini, main bengkok, bengkok, dan bengkok.... 




ehsan dari rakan FB


Zahir Aziz Mamantaro