Monday, 27 October 2014

Trim & wiring mana2 yg patut


Dah lama tak trim, daun dah rapat sangat. Pokok Bebaru ni banyak tunas. Sekali sekala kena trim & buang tunas yg berlebihan tu untuk kurangkan daun supaya ada ruang udara dan ruang untuk display ranting & dahan. 
Alhamdulillah, daunya pun dah makin mengecil. Lama jugak menunggu tu. Daun Bebaru akan mengecil apabila ranting dan dahan nya matang@berkayu. So, kalau ranting masih hijau, daun nya akan besar.. kemungkinan sebesar penampar... :) sabar lah menunggu... 




Friday, 28 February 2014

Berapa Harganya Bro?

Pernah berbicara dgn sifu2 bonsai mengenai cara menilai dan meletak harga utk sepohon Bonsai... Kata mereka ianya sgt subjektif... byk yg perlu dinilai.. mungkin sama mcm post aku yg sebelum ni.. bagi aku, aku akan tengok Jenis Pokok, style dan usia pokok...

Untuk post kali ini aku akan cuba meletak harga utk beberapa pokok yg aku ada... bukan nak jual, tapi cuma sekadar nak test market... huhuhu... 


POKOK A (Santalia@Jeliti)    RM450

 walaupun sistem dahan nya masih blum siap, tetapi harganya aku letak tinggi sikit disebabkan oleh kerana base&akar nya yg unik... macam dinasour... gambar penuh pokok ni bleh dilihat dalam post yg lalu...

POKOK B (SANTALIA@JELITI) RM650
Yang ni gambar 2012, sekarang ni dah masuk pasu besar, dulu xberapa sihat, sekarang dah ok... yg ni kena letak mahal sikit coz, masa beli dulu pun dah RM350 harganya... xtermasuk pasu.. Pasunya shj berharga RM150... yg ni kalau betul2 berminat memang aku nak jual... coz xde emotional touch, memang 100% hasil kerja org... beli2 pun dah siap bonsai... aku cuma maintain kan nya shj...

POKOK C (SANTALIA@JELITI) RM90
Pokok ni diantara yg terawal aku buat... Memang tanam dari biji benih.. dari awal memang tanam dalam bekas kecik & pasu bonsai.. sebab tu la lambat besar..

POKOK D (SANTALIA@JELITI) RM80 (POKOK SHJ coz pasu mahal)
Tanam dari biji & sama umur dgn pokok C... yg ni pun sama, memang dari awal dah tanam dalam pasu kecil.

POKOK E (FICUS ) RM200 
Kalau nak ikutkan semua ficus aku ni sama umurnya, tapi dari segi saiz ada yg besar & kecil sebab aku tukar pasu, yg mana yg dalam pasu asal, memang xbesar2 la... sekarang ni pokok ni aku nak buang semua dahan... nak buat sistem dahan baru...

POKOK F (FICUS @ Jawi ) RM100 (xtermasuk pasu)
Pokok ni memang xterjaga... terbiar... cincai lah.. RM100 dah... tu pun kira dah mahal tu... :p

POKOK G (FICUS ) RM200
Ficus@Jawi ni aku dah angkat letak kat atas batu bukit, tapi xberapa nak nampak sebab batu tu kecil... aku suka pokok bonsai yg ada batu ni...

POKOK H (FICUS ) RM350
Dalam byk2 Ficus yg ada, yg ni yg paling sayang & selalu jaga... base dah ok, cuma nak kena start main dahannya pulak... yang ni pun aku letak atas batu... 

POKOK I (BEBARU ) RM300
Masih dalam training, |Bebaru in the Rock Style... spesis yg paling aku suka... amat sesuai dgn batu...

POKOK J (BEBARU ) RM500
Yang ni aku punya induk... Semua bebaru yg aku ada datang dari keratan batang induk ni... masa beli dulu cuma setinggi 2 inch... xingat dah umurnya... 100% design sendiri... yg nie pun tanam dlm batu... yg ni salah 1 pokok yg paling aku syg... memang xjual punya lah... (walaupun xsecantik mana)

  
POKOK K (BEBARU ) RM350

Dalam pasu ni ada 3 pokok yg ditanam dalam batu... agak unik sebab nampak contra hitam batu & putih batang pokok... hmm...tak tahu apa nak cerita lah... tengok & nilai sendirilah... 

Ok, Sekian....  :)

Friday, 21 February 2014

Bonsai, Bonsai, Bonsaiiiii.... hmmmm..

Pejam celik dah hampir 7 tahun aku BERbonsai... mcm2 pengalaman.. kepada yang baru nak start, aku ada tips ckit nak kongsi...  

Macam mana nak pilih pokok. Kalau nak beli, sebaik2nya kita beli di Nursery Bonsai, bukanya di nursery pokok bunga... kerana di nursery bonsai selalunya harga pokoknya jauh lebih murah... Pada pendapat aku, ada beberapa aspek utk kita nilai jika kita ingin membeli bonsai... 

Pertama, Jenis pokok... Terdapat pelbagai jenis pokok yang boleh di jadikan bonsai. Ada yang bernilai tinggi diantaranya spt. Cucur Atap, Shimpaku, kayu hitam dan Bebuas (yg senang jumpa)... Yang keduanya, shape@style... terdapat pelbagai jenis style utk pokok bonsai contohnya penjing, on the rock, cascade, broom, old tree.. dan byk lagi lah... Yang ketiganya, Usia pokok@kematangan...boleh dilihat pada Nebari, Jin dan Shari... apa tu?  Akar dan juga batang pokok...
Jenis-jenis Bonsai

 shari @ kayu mati

Nebari @ Akar

Pohon bebuas (Premna Microphylla)

Cucur Atap

Shimpaku Juniper

 Jgn beli pokok yg spesis nya kita xketahui cara penjagaanya... nak selamat, beli yg murah terlebih dahulu, bleh "try and error"... terdapat beberapa jenis spesis bonsai yang senang untuk dijaga, dan sesuai utk beginner.. pokok ficus, santalia dan juga Bebaru... spesis ni tahan lasak dan mudah di jaga...Buxus pun ok, tapi bapak punya lambat pembesaranya... Dan yang paling hardcore susah nak jaganya bagi aku ialah "Cucur Atap"... Dah berapa byk dah yg mampus dlm jagaan aku ni... huh, serik ooo!
Jeliti @ Santalia

Bebaru


Harap2 apa yang aku tulis ni dpt membantu rakan2 bonsai yg masih baru utk menilai dahulu sebelum membeli bonsai....



Tuesday, 11 February 2014

DULU & SEKARANG (Feb.2014)

Saya xada banyak pokok bonsai... Cukup lah sebanyak mana yg ada sekarang ni... Kalau nak tambah pun mungkin yg small size shj... Post kali ini saya nak tunjuk perkembangan pokok Bebaru dalam jagaan saya ni... Diantara pokok yg mendapat 100% sentuhan saya sendiri... Bela dari sebesar 2 inci sehingga sekarang... Jgn tanya pasal style yg saya gunakan coz memang saya xmengikut format bonsai yg betul... Yg ini cuma lahir dari luahan hati dan imaginasi saya sendiri sahaja... ;) xjual... Sebab ada sentimental value, arwah ayah pernah jaga pokok ni... Alfatihah....

Gambar baharu ke-3,3 pokok Bebaru...(Feb.2014)


Pokok induk yang pertama...
Kalau di tengok pada gambar yg awal tu, dibahagian atas batu tu masih... Lama kelamaan bila batang pokok dah membesar, batu tu pun dah pecah... Batu kapur@batu gua...


Ditukar ke pasu baharu, coz pasu lama dah xbleh nak tampung... Pokok ni cepat berakar... Setahun sekali nak kena cuci&buang akar... Sekejap shj dah penuh pasu...
Gambar sekarang (Feb. 2014)


Yang ini pula generasi ke-dua...
Pokok ni asal cuma dari keratan batang yang menegak macam batang pensel sahaja...

Yang ini pun sama, semakin lama, byk bahagian batu yg dah pecah...
Gambar sekarang.. (Feb.2014)


Yang ini generasi yang ke-3
Ranting-ranting kecil bebaru yang di cucuk ke dalam batu bukit yang berlubang...
Gambar sekarang (Feb.2014)

Pokok Bebaru ni memang tahan lasak... Kalau terpusing sampai patah dahan sewaktu letak dawai pun bleh hidup lagi... Cuma pokok yang saya ada ni spesis daun hijau.. Bagi saya ianya kurang menarik... Sekarang ni tgh mencari spesis yg urat daunnya merah utk dikawinkan dgn pokok yang ada sekarang ni... Dibawah ni contoh pokok yg jenis daunnya urat merah...
Tempat : nursery bonsai, Rawang
Harga : RM20k ( belum pernah masuk bertanding.. Kalau dah masuk bleh up lagi mahal katanya)
Umur : hampir 100thn katanya...