Friday, 21 February 2014

Bonsai, Bonsai, Bonsaiiiii.... hmmmm..

Pejam celik dah hampir 7 tahun aku BERbonsai... mcm2 pengalaman.. kepada yang baru nak start, aku ada tips ckit nak kongsi...  

Macam mana nak pilih pokok. Kalau nak beli, sebaik2nya kita beli di Nursery Bonsai, bukanya di nursery pokok bunga... kerana di nursery bonsai selalunya harga pokoknya jauh lebih murah... Pada pendapat aku, ada beberapa aspek utk kita nilai jika kita ingin membeli bonsai... 

Pertama, Jenis pokok... Terdapat pelbagai jenis pokok yang boleh di jadikan bonsai. Ada yang bernilai tinggi diantaranya spt. Cucur Atap, Shimpaku, kayu hitam dan Bebuas (yg senang jumpa)... Yang keduanya, shape@style... terdapat pelbagai jenis style utk pokok bonsai contohnya penjing, on the rock, cascade, broom, old tree.. dan byk lagi lah... Yang ketiganya, Usia pokok@kematangan...boleh dilihat pada Nebari, Jin dan Shari... apa tu?  Akar dan juga batang pokok...
Jenis-jenis Bonsai

 shari @ kayu mati

Nebari @ Akar

Pohon bebuas (Premna Microphylla)

Cucur Atap

Shimpaku Juniper

 Jgn beli pokok yg spesis nya kita xketahui cara penjagaanya... nak selamat, beli yg murah terlebih dahulu, bleh "try and error"... terdapat beberapa jenis spesis bonsai yang senang untuk dijaga, dan sesuai utk beginner.. pokok ficus, santalia dan juga Bebaru... spesis ni tahan lasak dan mudah di jaga...Buxus pun ok, tapi bapak punya lambat pembesaranya... Dan yang paling hardcore susah nak jaganya bagi aku ialah "Cucur Atap"... Dah berapa byk dah yg mampus dlm jagaan aku ni... huh, serik ooo!
Jeliti @ Santalia

Bebaru


Harap2 apa yang aku tulis ni dpt membantu rakan2 bonsai yg masih baru utk menilai dahulu sebelum membeli bonsai....



1 comment: